Tuesday, May 12, 2015

TAHNIAH PASUKAN SOFTBALL SKSU!!

TAHNIAH diucapkan kepada pasukan softball lelaki yang telah mewakili SK Sungai Udang dengan menjadi juara semasa di Kejohanan Softbol MSS bawah 12tahun Peringkat Negeri Melaka 2015. Manakala pasukan sofball perempuan pula mendapat tempat kedua semasa kejohanan tersebut. Tahniah diucapkan sekali lagi dengan usaha dan kegigihan anda demi menaikkan nama sekolah. Tidak lupa juga kepada guru yang telah bertungkus lumus memberi tunjuk ajar dan sokongan yang tidak putus2 kepada pasukan softball sekolah kita. You're The Best!!








Monday, April 6, 2015

SOALAN PERCUBAAN UPSR 2014

BANK SOALAN UPSR

FREE DOWNLOAD SOALAN UPSR BI

FREE DONWLOAD SOLAN UPSR SAINS


Rancangan Tahunan Bahasa Melayu


MESYUARAT AGUNG PIBG SKSU KE 41

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini dan juga tidak lupa kepada Dato' Hj Yaakob Bin Md Amin kerana sudi merasmikan mesyuarat.
Mesyuarat Agung PIBG Ke-41

Pada 28 MAR 2015 telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG ke 41 bagi Sek Keb Sungai Udang. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi PIBG  dan ucapan perasmian mesyuarat oleh Dato' Hj Yaakob Bin Md Amin . Objektif dan Matlamat PIBG SK Sungai Udang adalah:

  • Memastikan 100% ibu bapa / penjaga menjadi ahli yang berdaftar secara sah dalam PIBG
  • Menambahkan  idea dan tenaga antara sekolah dan ibu bapa untuk kebaikan sekolah.
  • Mengharapkan wujudnya hubungan padu dan erat antara sekolah dan masyarakat.
  • Menentukan program atau aktiviti yang melibatkan murid dalam pengetahuan PIBG.
  • Mendapat sokongan 100% dari PIBG dari segi kewangan, tenaga dan sokongan dalam menjalankan program-program yang melibatkan murid
  • Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka.
  • Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat pendidikan.
  • Untuk memberi peluang kepasa ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya.
  • Untuk membolehkan ibu bapa dan guru berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
Gambar sekitar Mesyuarat Agung PIBG Ke 41 : 










ACARA MERENTAS DESA SEK KEB SUNGAI UDANG 2015

Program Larian Merentas Desa merupakan acara tahunan bagi Sek Keb Sungai Udang setiap tahun. Acara ini bertujuan untuk meningkatkan stamina bagi setiap murid dan sekali gus meningkatkan daya tahan fizikal dan mental.
Acara ini bermula pada pukul 4.30 ptg dimulakan dengan taklimat yang diberikan oleh guru yang bertugas dan guru-guru lain bergerak ke checkpoint masing-masing untuk mengawal larian para peserta larian merentas desa.  Murid - murid kelihatan bersemangat sepanjang acara ini berlangsung. Ribuan terima kasih di ucapkan kepada pihak Rela dan Polis kerana menjayakan program ini dengan sempurna tanpa sebarang masalah.








Monday, March 2, 2015

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2015

Pelancaran Program Nilam bagi Sekolah Kebangsaan Sungai Udang telah dilaksanakan pada 2 March 2015 iaitu pada Hari Isnin bertempat di Perhimpunan Sek Keb Sungai Udang yang telah dirasmikan oleh Guru Besar Pn Hjh Noryati Binti Cheman. Program Nilam ini adalah bertujuan memupuk minat murid untuk terus menjadikan budaya membaca sebagai satu aktiviti harian dalam aktiviti seharian selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti yang dijalankan adalah :

 1. Ucapan oleh Guru Besar Pn Hjh Noryati Cheman 
 2. Gimik Pelancaran oleh Guru Besar
 3. Penyerahan Kad Bacaan oleh semua guru kelas.










 Bagi menyelia program ini, bahan bacaan yang direkodkan di dalam Buku Nilam akan dikumpulkan oleh guru perpustakaan. Statistik bacaan pelajar kemudian akan dibuat dan dihantar ke pejabat pelajaran negeri masing - masing untuk tujuan penyemakan.Pelbagai ganjaran akan diberikan kepada pelajar yang banyak membaca buku sama ada di peringkat sekolah atau kebangsaan.
       Akhir kata, dengan adanya Program Nilam ini pihak sekolah berharap agar para pelajar kini lebih berminat mengunjungi pusat sumber sekolah untuk mendapatkan bahan bacaan.